Sunday, December 27, 2009

kembali pulang....

akhirnya....
cuti dah tamat....
maka..
bermula lah kehidupan ku sebagai seorang pelajar...

malas...
tp perjuangan belum selesai dan perlu diteruskan...
moga sem ni menjanjikan y terbaik buat semua...
amin...

Monday, December 14, 2009

cuti dah nk abis....

pejam celik pejam celik...
cuti tggal lg 2 mggu jer...
hehe..
sedey la plok...
sebab cuti nk abes dah...

tk po la...
nk wat cane...
dah nama pun pelajar kan...
cuti..kuliah...assgment...exam...
dah sebati dalam hidup..

eeemmmm....
hati ni...
ngah berdebar2...
ape lg...
sebab result bakal kuar...
tk tahu bila..
maybe dalam mggu ni..
emmmmmmmmm.........
risau...

doakan y terbaik...
hehehe...
balik kolej ni..
tk sabar nk buka farmville jerk..
hahahahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaa.............
windu kt kebun aku tu...

tk pe la....
cuti ni aku keje makan..tido...berjalan...
tu la keje aku...
sampe badan pun dah berat melantun2....

tk po la....
hahaa..
tk tau nk tulis mende dah...
n aku pun malas nk upload foto...
kalau senang aku upload la nanti..

k la..
salam...

Thursday, November 19, 2009

HANCUR HATIKU.....

HMMMMMMMMMMMMM....
sewaktu blog ni disunting...
aku berada dalam kereta aku la...
tgh tggu adik aku keluar kelas...

sebelum tu..
punya la aku berkobar2 nk datang amik adik aku nih...
siap kata kt abah aku tk yah amik anis, bia aku y amik..
pastu kuar rumah punya la awal..adik aku abis kelas kul 2..
tp aku 12.45 dh kuar umah...hehehehe..
sebabnya......


aku dh lama tk buka face book...
hti berkobar2...
so aku g sekolah sebab kt situ ada wireless...
hahahah...

sampai2 je...
ape lagi
terus buka laptop...
terus buka face book...
hehehe...masih tersenyum...

tiba2...
masa aku nk buka farm ville aku...
waaaaaaaaaaaaaaaaaa....
kena sekat ngn kementerian da....
ape daaaaa....
hancur luluh hti nih...
rasa nk menjerit...

apa kan daya..tk dapat aku nk buka farm aku...
wawawawa...
sedih3
sedih sejuta kali......
sedihhhhhhhhhhhhhh!!!!!!

wwuwuwuw...
hancur hati ku...

mood pun dh tk de...
wawawa...
k..

bye2...
see u next sem my farm...

buat naimah n mas..
teruskan usaha anda bercucuk tanam..

mesti korang boleh potong aku kan...
hahahaha...

tkpe la...
betri laptop pun dh tk de...
selamat berjuang...
heehe

assalamualaikum...

Friday, November 6, 2009

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda


assalamualaikum semua...(tibe2 jd skema)
sebenarnya juz nk kongsi sesuatu...
berkaitan dengan tajuk kt atas la..

bukan per,
selalu entry aku ni merepek2 je kan...
hr ni tingin lak nk beri sesuatu y ilmiah gitu..
hik3....

semua nya ttg MINDA y Allah bg kt kita....

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa.
Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.



Thursday, November 5, 2009

ERTI KePUASan MAKAN yg SEBENAR....

Disebabkan dah 4 sem aku keje makan kt luar jer...
y menyebabkan duit aku banyak diabiskan utk membeli belah makanan...
y mahal...
n y membosankan..
sebabnya tiap2 hari makan lauk y sama jer...
kalau tk ayam goreng..
sambal ayam...
sayur sket...
BOSAAANNNN...

n sekarang pun harga makanan kt sini dah naik melantun2...
so...
ape kah alternatif y dibuat utk sem 5 ni kan...

hahahaha...
aku dok serumah ngn mas n naimah...
so...
utk mengurangkan perbelanjaan utk bab makanan...
kami masak sendiri kt umah...
hahahaha...
mintak maaf yer pentadbiran kolej..
bukan masak makanan yang berat2 pun...
tp masak makanan y boleh memberi kepuasan kepada kami...
hehehehe...

walaupun makanan tu simple mimple jerk..
tp...
kami puas hti la...

macam hr ni...
kami makan tomyam ayam...
fuhhhhhh...
mmg kemah ar...
puas sgt2....
pagi2 td g pasar beli ayam n sebagainya....(pagi ke kami kuar td??hehehehe)

balik terus masak sebab perut n dah lapar n berdisko kan...
waahhhh...
sedap weh..
nikmat...
kalah kedai y aku selalu makan tomyam tu...
hehehehe...


(pic ni aku amik kt google je lah..sbb tk sempat nk amik gmbr sebenar...)

masakan kami ni...
boleh makan 3 kali utk 3 org...
banyak kan...
n harga y murah sgt..
tk macam kedai...
sekali makan dekat rm 5..

kami 3 kali makan wehhh...
mmg untung..
hahaha...
sem depan wat lg....

pendek kata...
mmg kemah keming ar makanan hr ni...

Monday, November 2, 2009

>>>>Hari BerSEJARAH itu telah TIBA<<<<<

tanggal 2 NOVEMBER 2009...
hari ni..
aku menghadapi exam
INTERVENSI DALAM KAUNSELING...

punya la aku ni menghapal segala teknik y ada...
seingat aku ada dalam 80 lebih teknik y aku dah hapalllllll...
huhuhu...
pecah palo den wei...
hehehehe...

tp td..
alhamdulillah..
boleh la jawab...
walaupun en zul kata jgn dok baca la sangat nota dia tu...
tp..
y dalam nota dia tu la y dia wat soalan...
hehehe....
mybe itu intervensi y en zul pilih utk kami baca n khatam subjek nih...
hahaha...

pepun..
thanks yerk encik zulkifli mamat...
lecture aku @ pengetua Kolej kediaman aku nih...
y membekalkan internet utk aku wat blog ni..
hehehe...


ni la en zul...selaku lecture ntervensi aku n ayahanda kolej aminudin baki..
hik2...(gambo ni telah diedit oleh naimah k..)

so....
skrg...
POOOKKUUUSSSS (pinjam ayat masitah) utk pengujian lak...
satu lg subjek KILLER...

adoyai...
kembali fening....

Friday, October 23, 2009

MOOd Exam Sudah Tiba....

rasanya dah lama ek aku tk update blog aku nih...
bukan pe,
aku malas nk update..
lgpun tk tahu nk cite pe...
semua benda y sama je berlaku setiap hr..

so..
tk yah le nk cite kan...
nnt boossaaann plok kan...
kui3...

tp hr ni, terdetik di ht nk menulis kt blog aku ni...
semua sebab..
EXAMM is coming sooonnnn....
very the takut u know..
serius...takut...

sbb nye, sem ni,
aku tk faham sgt pe y diajar..
subjek plok susahnye mak aiiii....

exam nnti plok...
kebanyakkan esei...
bukan satu esei..
tp ada subjek tu sampe 5 esei weh kena jawab...
u tell me macam mana i nk wat 5 esei???????

tersangat lah tension n serabut bila memikirkan hari bersejarah tu utk tiba..
hopefuly, everything going well...
ya Allah..bukakanlah dan terangilah ht hambaMu ni...
sesungguhnya aku tidak mampu hidup tanpa Mu disisi...
Amiinnn....

pe pun, hidup perlu diteruskan...
sbb kita semua nk hidup kan...
jd mmg kena teruskan hidup ni
walau apa pun y berlaku...
terjah n redah jer...



HADAPI DENGAN SENYUMAN....

(^__^)



Tuesday, September 29, 2009

RaYa 2009 Punya CerITa...

raya tahun ni...
memenatkan....
walaupn best...
tp penat weh...


aku jadi pemandu setia...
dari cameron..ke ipoh...(amik tok aku)
pas tu...balik kedah...(kampung mak aku)
dari kedah...
ke batu kurau, perak...(kampung ayah aku)
pas tu...dari batu kurau..
ke ipoh semula..(anta tok aku kt umah makteh)
dan balik cameron...(rumah aku)

hehehe...
penat2...
sampe aku demam...
batuk..
selsema..
sampai kena g klinik..
ish3...

tp best la raya tahun ni...
walaupun duit ry tk banyak pun...
tp best la...

sampai2 je cameron..
terus ada org datang beraya...
lg pnt...
dari siang sampai ke malam org datang...
aku pn tk sempat nk g braya ke mana2 masa kt cameron..

mggu ni balik lg...
mak aku nk wat open house...
jemput segala org datang lg...
disebabkan mak aku tk cukup kaki dan tangan...
aku diarahkan utk pulang...

walaupn assignment melambak2...
aku redah jgk...

ni je la gmbo raya y sempat ak amik...
tu pn masa hari last aku kt kedah umah paklang aku...


malam raya kt greentown mall ipoh...sesak...kt depan tu ada org lelong kuih raya...huhu


kt pintu masuk GM...sesak lg...mak aku ada kt dalam tu...


ngn faris




ni la gaya faris y dh dekat seminggu menunggu kepulangan kak anis dia..








pelita y aku beli kt TF tanjong malim...murah jer....

Tuesday, September 15, 2009

BERBUKA PUASA KAMI BERSAMA........

hari ni...
sebelum semua org pulang ke kg masing2
utk menyambut hr lebaran y bakal tiba...
kami semua berbuka puasa bersama2...
kt umah suraya...

diorang duk kt arked...
jd boleh la masak...
menunya nasi ayam...

best la..berbuka ramai2...
bersama teman2...
bahagia je...
sbb nye...
saling memahami...

smlam pn, dah perabis dlm rm 100..
makan ikan siakap 3 rasa n macam2 lg kt piyooor..
sodap...

thanks utk semua kengkawan
y dah menjayakan majlis berbuka puasa kita..
hehehehehehe....
ada pulak perkataan majlis...
padahal 5, 6, 7, 8 org jer...

terima kasih buat
''
''
''
NAIMAH
ANNE
MAS
Z
SURAYA
TUTY
FATIHAH
SYAKIN
KAK SENIOR umah suraya tu...
BUDI
IZZUAN...

dan td...
pas berbuka kt umah suraya..
aku hantar mas, naimah n anne balik kolej dulu..
pastu, g tggu plok kwn aku y dua org tu...
diorang ajak g KFC lak...
sebelum diorang balik kg sok..
diorg nk makan ngn ak dulu...

rezeki jgn ditolak...
hehehe...
dah janji ngn diorang nk g kul 9...

mmg kenyang sgt aku nih...
thanks tau NAZA dan ZAIM...


ni la barisan y sentiasa menghadiri majlis berbuka puasa y dianjurkan....


ni ngn fatihah, tuty n suraya


ni plok..naza n zaim...

..........LOVE U ALLLLLL.........
so..sepanjang ramadhan ni...
ak hepi jer...
walaupun sebenarnya ada benda y menyerabutkan
kepala otak aku nih...
tp aku malas nk fikir...
wuwuwuwu...
dush3...nyah kau dari fikiran aku...
hahaha...
tu proses nk buang pemikiran tk rasional...

k lah...
ak dah penat...
nk rht2 jap...
sok kelas ler...
nanite....
tata...
assalamualaikum....

SeLaMat HaRi RaYER........

buat semua kengkawan...
semua yang mengenali diri ini...
aku mengucapkan...

"SELAMAT HARI RAYER"

maaf zahir batin...

andai kata aku ada

terkasar bahasa...
tersilap bicara...
terluka rasa...

ampun maaf dipinta ea...
kira kosong-kosong dah la...
sama adil..

hehehe...

tk sabar nk balik umah aku tercinta...

kamis ni...
maka bertolak la aku utk
pulang ke umah ku...
dgn mendrive kete sowang2...
wawa...

ok la..
buat semua...
hati-hati balik kampung...
jaga diri baik2...
jgn main mercun, meriam ke ape ke...
main bunga api udah ler...
huhuhu...

bukan pe, utk keselamatan juga...

semoga raya kali ini..
membawa seribu sinar dan sejuta kerahmatan pd kita semua...

ceria-ceria dan hepi selalu
di samping insan-insan tersayang....

Sunday, September 6, 2009

KAKI KU KREM..

disebabkan skrg aku berada di rumah naimah...
y terketak di kedah darul aman...
negeri kelahiranku jugak...
dan rumah dia ada intenet...
di kala aku ada masa ni...
aku tulis la blog ni...

gara-gara aku berjalan2 semalam pusing pekan alor star..
bsama naimah, kimi, ngn izzuan..
kaki ku krem kesakitan akibat hujan n banyak sangat berjalan...

budak grup ak y lain plok, diorang g bjalan kt pdg besar...
dan disebabkan aku mengalami zaman kemelesetan ekonomi skrg ni...
ak mengambil keputusan tk g..
huhu...
petang tu baru g amik diorang kt stesen ketapi...

sakitnya kaki ku ini..
hanya tuhan je y tahu...
dah berkilo minyak panas aku letak..
tk hilang jugak pn............
seksa weh nk berjalan...

k lah..
nnt aku tulis lg y selanjutnya...
masuk gmbr pe y patut..
coz nk bersiap g sungai petani...
wat program d pusat serenti...

k la...
asalamualaikum...

Wednesday, September 2, 2009

LEMAHNYA DiRI INI

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri


Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Monday, August 31, 2009

AnDai CINTA heNdaK DiBeri....



Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :


1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.???

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...



Thursday, August 27, 2009

BaLiK KamPUNG...

esok...
bersamaan 7 ramadhan...
hari jumaat...
aku akan balik ke cameroonnnn....

tk sabar rs nya..
hehehe...
rindu gilerrr kt family,
my BENNY.....n
my PINKY....

assgment banyak tk terkata...
tp demi balik ke kampung..
ku tempuh jua...

Wednesday, August 26, 2009

NikMat BerBuka..

Alhamdulillah...
aku dah Kenyang makan td...

menu nya...
laksa..
ayam panggang...
taufu fa...
sate ikan...
ngn air kelapa...

mmg sodap ler...
tk sia2 kami berjalan g bazar y jauh tu...
huhuhu...

ermmm...
sok nk makan pe plok yer...
dalam rancangan...

tggu sok je la...
hehehehe...

Monday, August 24, 2009

seKadAR MengiSi KeKosOngan Dan KeBOSANan

haaaaaiiiiiiiiiii...
assalamualaikum...

hari ni dah bape hari ek kita puasa??

jap2 nk kira...
dah 3 hari dah kita berpuasa...
alhamdulillah...
kita semua masih mampu tabah menjalaninya..

moga kita terus bersemangat untuk menunaikannya...
hingga ke akhir ramaDhan...

apa yang aku nk cakap...
sebenarnya aku pn tk tahu...

sekadar mengisi ruang kekosongan yang ada...
bukannya aku nk wat assgment...

tp keje godek2 tenet jer...
walaupun kadang2 tenet tk dapat...
nk jugak aku godek2...
ntah ada ape kt tenet tu...
sampe kadang2 ia melalaikan aku..

hua...hua...hua....
ada aku kesah??
huhu...

sbb aku tk kesah la aku terus berada di dpn laptop ni mengupdate blog
aku y langsung tk menarik nih...
huhu...

td tepon mak dah...
rindu sgt kat mak...
anis lak..
dah berkali-kali pesan kt aku soh balik umah...
alasannya...mak tk nk masak sedap2 kalau aku tk de...
huhuhu...
kesian adik aku y agak poyo tu kan...

hehehehe...jahat punya kakak...
pepun...
aku mmg nk sgt balik...
tgk la, maybe mggu ni atau mgu dpn aku akan balik....
bergantung pada program dadah y kmi nk jlnkan kt sg petani kedah macam mane dulu....

ape lg yer nk tulis...
hah...tk de pe dah kot...

cuma kadang2 kan..aku rasa bosan dalam kelas...
jd bila aku bosan, mula la aku
menconteng2..
melukis2...
merepek2...
n macam2 lagi la...
sbbnya nk menghilangkan bosan...
ni antara hasil kebosanan y aku cipta dalam kelas ape ntah...
dah tk igt...











aku lukis semuanya...tp tk tahu ape motif di sebalik lukisan y tk cantik ni...



ngn masitah..sementara tggu lecture masuk...