Thursday, November 19, 2009

HANCUR HATIKU.....

HMMMMMMMMMMMMM....
sewaktu blog ni disunting...
aku berada dalam kereta aku la...
tgh tggu adik aku keluar kelas...

sebelum tu..
punya la aku berkobar2 nk datang amik adik aku nih...
siap kata kt abah aku tk yah amik anis, bia aku y amik..
pastu kuar rumah punya la awal..adik aku abis kelas kul 2..
tp aku 12.45 dh kuar umah...hehehehe..
sebabnya......


aku dh lama tk buka face book...
hti berkobar2...
so aku g sekolah sebab kt situ ada wireless...
hahahah...

sampai2 je...
ape lagi
terus buka laptop...
terus buka face book...
hehehe...masih tersenyum...

tiba2...
masa aku nk buka farm ville aku...
waaaaaaaaaaaaaaaaaa....
kena sekat ngn kementerian da....
ape daaaaa....
hancur luluh hti nih...
rasa nk menjerit...

apa kan daya..tk dapat aku nk buka farm aku...
wawawawa...
sedih3
sedih sejuta kali......
sedihhhhhhhhhhhhhh!!!!!!

wwuwuwuw...
hancur hati ku...

mood pun dh tk de...
wawawa...
k..

bye2...
see u next sem my farm...

buat naimah n mas..
teruskan usaha anda bercucuk tanam..

mesti korang boleh potong aku kan...
hahahaha...

tkpe la...
betri laptop pun dh tk de...
selamat berjuang...
heehe

assalamualaikum...

Friday, November 6, 2009

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda


assalamualaikum semua...(tibe2 jd skema)
sebenarnya juz nk kongsi sesuatu...
berkaitan dengan tajuk kt atas la..

bukan per,
selalu entry aku ni merepek2 je kan...
hr ni tingin lak nk beri sesuatu y ilmiah gitu..
hik3....

semua nya ttg MINDA y Allah bg kt kita....

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa.
Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.



Thursday, November 5, 2009

ERTI KePUASan MAKAN yg SEBENAR....

Disebabkan dah 4 sem aku keje makan kt luar jer...
y menyebabkan duit aku banyak diabiskan utk membeli belah makanan...
y mahal...
n y membosankan..
sebabnya tiap2 hari makan lauk y sama jer...
kalau tk ayam goreng..
sambal ayam...
sayur sket...
BOSAAANNNN...

n sekarang pun harga makanan kt sini dah naik melantun2...
so...
ape kah alternatif y dibuat utk sem 5 ni kan...

hahahaha...
aku dok serumah ngn mas n naimah...
so...
utk mengurangkan perbelanjaan utk bab makanan...
kami masak sendiri kt umah...
hahahaha...
mintak maaf yer pentadbiran kolej..
bukan masak makanan yang berat2 pun...
tp masak makanan y boleh memberi kepuasan kepada kami...
hehehehe...

walaupun makanan tu simple mimple jerk..
tp...
kami puas hti la...

macam hr ni...
kami makan tomyam ayam...
fuhhhhhh...
mmg kemah ar...
puas sgt2....
pagi2 td g pasar beli ayam n sebagainya....(pagi ke kami kuar td??hehehehe)

balik terus masak sebab perut n dah lapar n berdisko kan...
waahhhh...
sedap weh..
nikmat...
kalah kedai y aku selalu makan tomyam tu...
hehehehe...


(pic ni aku amik kt google je lah..sbb tk sempat nk amik gmbr sebenar...)

masakan kami ni...
boleh makan 3 kali utk 3 org...
banyak kan...
n harga y murah sgt..
tk macam kedai...
sekali makan dekat rm 5..

kami 3 kali makan wehhh...
mmg untung..
hahaha...
sem depan wat lg....

pendek kata...
mmg kemah keming ar makanan hr ni...

Monday, November 2, 2009

>>>>Hari BerSEJARAH itu telah TIBA<<<<<

tanggal 2 NOVEMBER 2009...
hari ni..
aku menghadapi exam
INTERVENSI DALAM KAUNSELING...

punya la aku ni menghapal segala teknik y ada...
seingat aku ada dalam 80 lebih teknik y aku dah hapalllllll...
huhuhu...
pecah palo den wei...
hehehehe...

tp td..
alhamdulillah..
boleh la jawab...
walaupun en zul kata jgn dok baca la sangat nota dia tu...
tp..
y dalam nota dia tu la y dia wat soalan...
hehehe....
mybe itu intervensi y en zul pilih utk kami baca n khatam subjek nih...
hahaha...

pepun..
thanks yerk encik zulkifli mamat...
lecture aku @ pengetua Kolej kediaman aku nih...
y membekalkan internet utk aku wat blog ni..
hehehe...


ni la en zul...selaku lecture ntervensi aku n ayahanda kolej aminudin baki..
hik2...(gambo ni telah diedit oleh naimah k..)

so....
skrg...
POOOKKUUUSSSS (pinjam ayat masitah) utk pengujian lak...
satu lg subjek KILLER...

adoyai...
kembali fening....